"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Thursday, April 8, 2010

Cintailah Pasangan Anda Seperti Anda tidak akan mendapat Cinta Lagi

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari percintaan berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
24. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
25. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
26. Meletakkan hak kepada pasangan.
27. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
28. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
29. Mengawal marah. Buat perjanjian.
30. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
31. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
32. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
33. Memahami peranan ‘pasangan’.
34. Hubungan perasaan sesama pasangan.
35. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
36. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
37. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan.
38. Tujuh kali puji dan satu teguran.
39. Banyakkan bergurau dan bermesra.
40. Sentiasa berterus terang.
41. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
42. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
43. Elakkan salah pasangan.
44. Cari titik pertemuan.
45. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
46. Lebih banyak memberi daripada menerima.
47. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
48. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
49. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
50. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
51. Tidak terlalu mengongkong.
52. Tidak bertindak bersendirian. Sentiasa lakukan bersama

Dengan kejujuran dan keikhlasan yang terbit dari hubungan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, InsyAllah, pasti hubungan akan kekal ke Ikatan yang Sah.. InsyaAllah.. Amin


Cinta itu Anugerah Allah S.W.T yang terindah. Maka, Hargai lah Cinta yang dianugerah oleh Allah S.W.T sebelum tiada lagi Cinta untuk dirasai dan dinikmati..
Cinta itu luas. Cintailah mereka disekelilngi anda. Pasti anda juga dicintai seperti mana anda mencintai mereka.. InsyaAllah.. Wallahualam..


Love,
Honeya

2 comments: