"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Monday, July 18, 2011

Happy and Love...

Happy and Love...
Does this two things connected to each other?
Yes,...
When Love arrived, Happy is there all the time...
Love should comes with happiness....
Everyone wants Happy Ending Story...
Same goes with me.....

Love,
Honeya

Saturday, July 9, 2011

Syukur Alhamdulillah


Tahun ni banyak turun dan naik dalam kehidupan aku hari-hari. Menangis, menjerit, ketawa, sedih, senyuman, macam dah menjadi makanan bagiku. Walau pahit, Walau manis, walau kelat, terpaksa juga aku hadapi dan telan. Aku tetap gagahkan kaki untuk melangkah dan meneruskan hidup dan impianku.

Tahun ini juga merupakan tahun bersejarah bagiku. Aku telah selamat diijabkabulkan dengan suamiku pada 8th May 2011 di masjid besar shah Alam. Ya Allah, terima kasih kerana memberi petunjuk kepadaku. setelah pelbagai dugaan yang aku dan dia tempuhi, namun kami tetap bersama..Dia lah penawarku dan juga racun ku dan juga segala-galanya bagiku.. cerita cinta tentang kami? hehe... panjang cerita nya. Namun cukup lah sekadar ku memberitahu bahawa kami ini betul-betul bercinta selepas berkahwin.


Cinta selepas kahwin, pada mulanya memang pahit. Yelah, masa ni lah baru nak betul-betul mengenali suamiku. Memang ada yang terlalu pahit, tapi ada hikmah disebaliknya yang bertukar jadi manis nya. Aku juga kadang2 terpaksa turun ke kuala lumpur demi mencari sesuap nasi. meninggalkan suami tercinta demi mengurangkan bebanan yang ditanggung dibahunya. Ya Allah, berkatilah apa yang ku lakukan.. Terima kasih sayang kerana membenarkan aku untuk terus berjuang demi minat ku yang mendalam dalam industri filem ini. Ya Allah, lindungi lah dia dan aku. Jaga lah suami ku semasa ku tiada disampingnya. Ya Allah, betapa sayangnya aku padanya. Kalau lah dia tahu aku terlalu sayang padanya... Ya lah, kami mana sempat betul-betul bercinta seblum berkahwin. kiranya ini macam bercinta lepas kahwin. Indah dan ada peritnya. Tapi alhamdulillah kami berjaya tempuhinya..

Hari ni aku dapat offer untuk sertai team production untuk Filem Merong 2: vikingdom oleh KRU productions, arahan yusri KRU. 4 bulan tu.. lama..... entah lah sama ada aku nak terima atau tidak.aku jadi serba salah. antara suami aku dan minat aku. Suami aku tak melarang, tapi dia macam berat hati nak biarkan aku pergi. Kalau ikutkan hati, memang nak tolak peluang itu. tapi sayang rasanya...

Ya ALLAH, berikan ku petunjuk mana yang terbaik untukku.. ABANG, rasa rugi pula nak buang masa dengan kerja dari spend time with my husband..
Saya SAYANG ABANG sangat-sangat.. sayang abang ketat-ketat... Abang sayang saya tak....

Wahai diariku, boleh bantu aku?

Love,
Honeya

4.37am di bilik tidur

Cinta itu Rindu..?

Cinta itu bila rindu..?
Cintakah bila rindu..?
Cinta itu datang bila ada rindu...?
Cinta kah dia kerna merindu..?
Cinta dulu ke atau rindu dulu
Cinta kata kena rindu
Cinta kalau wujud dlm hati, pasti kita rindu...

Ya.. Cinta itu memang rindu... Aku cinta padamu.. Aku rindu padamu sayang...
Love my hubby so much...

Hasil Nurkilan isterimu,
Honeya

Friday, July 1, 2011

Rindu

Oh langit, kau lihat lah dia.
Kau sentuh lah dia....
Ku rindu padanya...

Abang, maafkan saya.
Maaf atas segala kekurangan saya,
Tidak terniat dihati untuk lukakan abang..
Saya cuma terlalu sayangkan abang
Cinta ini hanya untuk mu sayang
Rindu pada abang..
Love you sayang...
The only one dat i love, my husband, and it's you....
Aku tak mudah untuk jatuh cinta...
Aku tak mudah mengungkapkan kata cinta..
Namun...
Akan ku menyintaimu sampai ku menutup mata............

"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

FULL of LOVE,
Your Wife,
Honeya