"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Wednesday, August 12, 2009

Aku yang Mereka Lupa Itu

Tiada lagi yang harus aku katakan lagi
Tiada guna untuk aku buktikan lagi
Kata-kata aku disalah erti
Kata-kata aku buat mereka semakin sepi
Malah kata-kata aku dimanupulasi
SEDANGKAN SEMUA ITU BUKAN KATA-KATA DARIKU..!
TERSERAH LAH UNTUK MEMPERCAYAIKU

Hah..

Sungguh cepat mereka percaya pada keburukanku yang direka cipta bagi memusnahkan aku

Mereka kata mereka memahami
Mereka kata takkan mengulangi
Tapi sedar kah mereka, hati ini dilukai
Tanpa mereka sedar
Tanpa mereka rasa
Kerna mereka hanya mahu aku tahu apa yang mereka rasa

Aahh..!

Terasa ingin membenci mereka
Terasa ingin membuang mereka

Tapi.....

Tapi sanggup kah aku berbuat sebegitu
Kejamkah aku buat sebegitu
Kuatkah aku untuk lakukan semua itu

Tidak...!

Aku tak sanggup
Aku tidak berdaya
Berjuta kali aku mencuba
Kerna hati ini bukan direka-reka
Dan aku tidak boleh lagi berpura-pura
Berpura-pura benci dan buang mereka
Berpura-pura aku tidak lagi perlukan mereka

Salah kah..?

Salahkah aku lakukan semua itu hanya kerna untuk menguatkan hati dan diri yang makin rapuh
Dipanah mereka yang tidak ingin aku bersinar lagi
Hingga aku hampir terkulai layu

Biarkan..

Tiada guna bagi mereka untuk aku jelaskan semuanya
Hanya Allah Yang tahu
Apa sebenarnya kata hatiku

Salah mereka cuba aku padamkan
Parut mereka cuba aku sembuhkan
Dengan siraman kasih sayang yang pernah mereka lupakan

Kerna ku percaya pada kuasaMu

Suatu hari mereka akan sedar siapa Aku
Apa niat suci aku
Aku bukan seperti yang mereka nampak pada zahirku
Kerna aku lah penunggu setia yang mereka lupa itu..

Word of Love :
Lepaskan dendam dihati keran
a hati perlu kasih sayang supaya hari kita bersinar lagi dan disayangi oleh Allah S.W.T..
Biar lah apa kata mereka, bangkit dan buktikan..!
Buktikan pada mereka bahawa kau adalah bukan seperti yang mereka sangkalkan. Begitu juga Aku..Kerana aku tidak membencimu. Walau aku dilihat seperti membencimu. Namun kau juga tahu.Walaupun aku dan dirimu tidak lagi Bersatu.

1 comment: