"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Friday, June 19, 2009

Kasih Sesama Manusia

Assalammualaikum..

Well, fellas. How r u today..? cheehh.. like i'm hosting a tv show ( maybe one day. huhu). Well i wanna share with you this story that i would put as one of my reference. This story that i gain when i'm still in primary school. So, read it, understand it and practice it.. Allahuakhbar...


Seorang ustaz sedang berjalan untuk menuju ke masjid untuk solat berjemaah.Terlihat berpusu-pusu orang ramai untuk masuk masjid kerana tempat duduk yang terhad,memandangkan surau yang kecil itu tidak mampu untuk memuatkan seluruh penduduk kampung itu. Tiba-tiba ustaz ini terasa ada sesuatu berada dalam poketnya. Sesuatu bergerak. Terus beliau menoleh,terlihat ada seorang hamba Allah dalam lingkungan 20-an, cuba mencuri dompetnya. Beliau dpt menangkap org itu tanpa melibatkan sesiapa kerana tidak mahu kekecohan berlaku ditempat yang suci itu..

Dengan muka yang tenang, dia pun bertanya kepada hamba Allah tersebut.
"Wahai anak muda, mengapa kamu mencuri dompet saya. Kamu tahu kah apa hukuman Allah pada kamu nanti"
Dengan suara terketar-ketar ketakutan, hamba Allah itu berkata,
"maafkan saya. saya lapar dan tiada wang. habis semua wang di meja judi"


Beliau tersenyum lalu berkata
"wahai anak muda, ambil lah wang ini dan guna lah ke jalan yang halal. Jangan lah kamu mengulangi semula, kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan murka jika kamu mengulanginya semula kemudian hari walaupun saya melepaskan kamu kali ini"

Hampir menitis air mata anak muda itu mendengar kata-kata beliau kerana dianggapnya akan dibawa ke pihak berkuasa dan akan dipenjarakan.

Sebulan selepas itu....

Bunyi azan telah pun bergema menandakan masuk waktu asar.

"Ummi, abah pergi ke surau dahulu ya" katanya.
Isterinya seraya berkata
"Baik lah abahnya, hati-hati berjalan ya. Balik nanti Ummi masak lemak tempoyak yang abah suka tu ya."

Tersenyum beliau mendengar kata-kata isterinya. Didalam hatinya, beliau mengucap "alhamdulillah, ku bersyukur atas rezekiMu Ya Allah".

Sedang beliau menuju ke surau, tiba-tiba kedengaran seakan-akan ada orang memanggilnya dari belakang. Beliau menoleh dan kelihatan seorang lelaki muda berpakaian kemas berbaju melayu dan berkain pelekat menuju kearahnya.

"Assalammualaikum. Pakcik kenal saya lagi..?"
Dgn rasa hairan, beliau pun lantas berkata,
"Waalaikumussalam.Siapa ya anak ini.. dimana kita berjumpa.. maaf ingatan saya skrg sudah lemah, almaklumlah sudah main berumur"
sambil terseyum.
Dengan rasa bangganya, lelaki muda itu pun berkata,
"Masih ingat kah pakcik, sebulan yang lepas, pakcik ada melepaskan seorang pencuri yg ingin mencuri dompet pakcik..?"
Beliau merasa hairan bagaimana anak muda ini mengetahuinya sedangkan tiada siapa pun mengetahui kecuali isterinya dan beliau yakin bahawa isterinya tidak akan memberitahu siapa-siapa. Lantas beliau berkata..
" Ya, saya ingat, tapi apa kena mengena anak ini dgn kejadian tersebut.Bagaimanakah anak ini tahu kejadian tersebut?"

Anak muda itu makin bertambah teruja, Dia tersenyum dan lalu berkata
"Sebenarnya, saya lah yg orang itu. Orang yang telah cuba mencuri dompet pakcik. Perbuatan pakcik melepaskan saya tempoh hari telah menyedarkan saya. Pakcik tidak membalas perbuatan saya, malah menolong saya walaupun setelah saya melakukan kejahatan terhadap pakcik. Selepas pakcik memberi saya wang tersebut, saya terduduk dan menangis. Dan masa itu, saya telah sedar yang saya telah melakukan perkara yang tidak baik terhadap orang yang mempunyai hati yang baik terhadap saya. Sejak dari itu, Saya bernekad kembali ke jalan yang benar..saya bersyukur atas kuasa Allah S.W.T yang telah menyedarkan saya.."

Beliau pun tersenyum lega,
"Alhamdulillah. syukur pada Allah S.W.T yang kamu telah pun sedar akhirnya. Bukan tugas saya untuk menghukumi perbuatan orang. Kerana ianya akan di balas oleh Allah S.W.T samada dgn kebaikan (jika org itu insaf dan berjanji tidak melakukannya lagi ataupun membalasnya dgn bala (jika mereka tidak gerun dgn seksaan Allah S.W.T yang akan diterima dan masih mengulangi perbuatannya). Semoga Allah memberkati apa yang kamu lakukan. Sebarkan lah pada rakan taulan dan sanak saudara serta saudara sesama islam bahawa, jika org melakukan kejahatan pada kita, hendaklah kita membalasnya dengan kebaikan dgn niat kerana Allah S.W.T. Berdoa lah kesejahteraan utk nya, agar suatu hari dia akan kembali ke jalan yang benar.."

Beliau tersedar bahawa beliau telah melambat-lambatkan solat asarnya. Beliau berkata,
"Ayuh, mari kita bersolat di surau untuk mengambil keberkatan dari Ilahi, selepas itu boleh singgah kerumah saya. Nanti makcik kamu akan masak lemak tempoyak dan masakan yang lain yang sedap-sedap. Pasti kamu suka"
Alhamdulillah, kata lelaki muda itu didalam hatinya. Bersyukur bahawa Allah S.W.T menyayangi HambaNya yang mengingatiNya selalu.


Ya, kamu semua yang aku sayangi, masih tidak terlambat untuk menyedarinya. Oleh itu, marilah kita berzikir dan selawat. Jangan lupa, WALAU APA JUA YANG KITA LAKUKAN, jaga lah solat kita, kerana Insyaallah Allah S.W.T akan menjaga dan melindungi kita dari mereka yang berniat tidak baik pada kita. Berbuat baik dan berdoa kesejahteraan bagi mereka yang membuat perkara yang tidak baik pada kita, agar mereka akan sedar dan tidak akan menzalimi sesama manusia. Jangan membalasnya, kerana mungkin kita akan mendapat balasan yang lebih teruk dari Yang Maha Esa , Lagi Maha Berkuasa. Kasih lah sesama Manusia kerana Allah S.W.T akan kasih terhadap kamu.

Allahuakhbar..!

Wallahualam

Wassalam..

END


Yang ikhlas,
Honeydy

Note of Love :
Ya Allah S.W.T lindungi lah ibu bapaku,keluargaku dan org yang amatku sayangi, yakni D dan rakan-rakanku yang aku sayangi. Lindungi lah mereka dari mereka yang berniat tidak baik terhadap mereka dan berilah kebahagiaan terhadap mereka. Ya Allah, Bantu lah D dalam urusan hariannya kerana ku tak sanggup melihatnya derita lagi, kernaku amat menyayanginya.. Amin..



You would like this too :
World of LOVE: Greatest of Love
World of LOVE: Usah Lepaskan..

MY ADHA - MALAYSIA™: Cinta ibarat air

Kisah CAHAYA: Episode 99 - Feeling Guilty

14 comments:

  1. hai there..1st time datang kat sini..entry nko nie best la..ditambah dengan background muzik.. macam musim puasa plak..kla hv a nice jumaat..

    ReplyDelete
  2. ayampinko : Welkam2.. thx. :) byk lagu best termasuk sipnosis cerita. view lah.. i will view blog later. k. Have a nice weekend with da love ones.. :)

    ReplyDelete
  3. Honey,
    Very inspiring story & I'm deeply moved by this.Kindness leads to more kindness.

    Though I have to confess that I'm not sure if I could be as kind as that Ustaz. May Allah bless all us with perpetual hidayah.Ameen..

    Have a fabulous weekend dear...

    ReplyDelete
  4. Maria : yup sis. Eventhough we can't be as perfect as ustaz, might be we can try to closer to dat. This is what my mom told me few years back n make me realizes dat time. "biar org buat kita, jgn buat org. Kalo kita buat org juga (bls) kita sama je dgn org tu, mungkin lbh teruk" so i do practice it.. It's hard, but afta sometimes we'll get used with it. U hv a wonderful day 2day kay my lovely sis. Hope one day we could meet up. Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani...

    ReplyDelete
  6. wah.. cerita hari ni menginsafkan la.. knp ek? abg ad pun wat puisi y lebih kurang menginsafkn hari ni.. huhuh.. pelik sungguh.. tp bgus la.. huhu.. ape2 pun.. semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. This story made me somehow think that is it was never to late to start on doing something good for a change. As long we don't repeat the same mistakes, I guess we're on the right course.

    Thanks Honey for your advise over the 'issue' that has been going on lately. :) You're my not-so-official life coach.

    ReplyDelete
  8. Eddie Dewanaga : Amin.. :)

    Sekeping Hati : Hari jumaat yang sgt mulia. Semoga kita semua akan diberkati Allah S.W.T hendaknya.. Amin.

    Cahaya : Yeah dear, sometimes things that we are less concern are more worth it than something that we are more concern on. Never too late dearie, coz Allah S.W.T loves us as He would give us a thousand chances, but if we dun realizes on our mistakes among human being especially and Him of coz, we would gain a Big Lost in our Life.
    Yr Not-so Official Life Coach? huhu.. Well dear, sometimes good things comes unexpectedly to unexpected people. Why..? Kerana Allah Maha Besar , Allah Maha Berkuasa. Jika Dia berkata ya,maka jadi lah ia, Jika Dia Berkata tidak (la), Maka ianya tidak akan berlaku. Have a wonderful time tomorrow aite..? Glad dat. :)

    ReplyDelete
  9. n3 yg menarik utk di baca..
    selamat berhujung minggu cik honey...
    =)

    ReplyDelete
  10. Yanie : Nie ada lah cerita yang pernah diceritakan oleh seseorang 7 tahun sudah. Honey mengolah sedikit cerita ini supaya dapat difahami maksut tersirat dlm cerita ini oleh org yg membacanya. Dan cerita ini telah menjadi panduan pada honey umtuk bertahan sehingga ke hari ini.. alhamdulillah. Have a great weekend dear.. :)

    ReplyDelete
  11. Kun Fayakun. Jadi, Maka Jadilah. InsyaALLAH kita ambil iktibar atas apa yang terjadi dalam hidup kita, samada baik dan buruk.

    Not-so-official is because I didn't pay you. I'm sure that I have to pay for the advise that good. Or, are you gonna charge me? Haha. Please don't.

    I'm glad to have a friend like you. :) Thanks again babe!

    ReplyDelete
  12. Cahaya : Well, i prefer cheque.. huhu.. Nah juz kidding. I'm sincerely wanna help u. i've asked him bout it, b'coz i dun want ppl would misunderstand of my actions. And he smiled, and say "yes, you may..". For me, his friends are my friends too.Dear, i've been in yr situation before, 7 years back. So, might be our situation would be da same. I've told to myself after what had happened 6 years ago (which u dun wanna know any further),I will try to help anyone that need help, despite whether the person done bad things or good things or nothing towards me. I dun need any rewards or any payback. As long as i still alive, I will try to give anyone the happiness moment, juz dun take my happiness away from me. Remember dear, if one person neglect you, others are awaiting for you. :)

    ReplyDelete
  13. mekasih sbb sudi share crita nie ngan farah dulu....

    :)

    take care ye sis!!!

    ReplyDelete
  14. Farah : semoga kita sama-sama mempraktikkan dan mengingati each other.. InsyaAllah. Bersihkan hati, pasti kita disayangi oleh Semua makhluk Allah dan juga Allah S.W.T

    ReplyDelete