"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Wednesday, March 14, 2012

Dugaan

Dalam hidup ini, takde dugaan memang tak sah. Macam-macam dugaan yang aku hadapi sekarang. Tapi as usual, aku fikir yang positif. Mungkin Allah dah rancang yang lebih baik untuk aku untuk masa akan datang. Amin

Susah juga ya kerja jauh dari suami. Demi mencari rezeki, terpaksa aku meninggalkan suami ku jauh di johor dan balik ke shah alam. lama pulak tu, 2 bulan. Owh ya, aku akan shooting filem "Kisah Paling Gengster" hujung march ni. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Eppy Raja Lawak, Wawa Zainal, Fyza Ismail (MIG), Shajiry, Zul Handy Black, Mikail Andre, Wan Nafisu, Khatijah Tan dan ramai lagi. Aku berharap-harap shooting nanti akan berjalan lancar. Amin. Aku sebagai Line Producer untuk filem ini, harap semuanya akan go smoothly.

Bila berjauhan dengan suami ku, aku tiap2 hari rasa rindu sangat dengan suamiku yang hanya dapat kutemui 2 kali sebulan sahaja sebab dia hanya available pada hujung minggu sabtu minggu pertama dan sabtu minggu ketiga. Ye lah, tiap-tiap hari tidur, ada orang teman. Sekarang kena tidur seorang. Sedih tapi terpaksa akur. Dugaan...

I love my husband so much even we did fight sometimes. Biasa lah asam garam rumah tangga. Hari ni dah genap 4 hari dia tak message aku. Mungkin dia busy and overtime kerja. balik penat mungkin dia tertido. Takper lah, aku cuba memahami. Aku cuba make myself busy everyday even aku rindu bangat sama dia. Dia lah kawan rapatku, dia lah pendengar setia ku, dia lah penasihatku, dia lah pembimbingku, dia juga lah segala-galanya bagiku. Aku sayang sangat dengan dia.

Abang, semoga abang sihat di sana. Semoga Allah melindungi abang dari segala kejahatan ataupun bencana. Semoga Allah melindungi hubungan kita. Tiap-tiap hari saya solat, mesti doakan untuk abang.. Saya sayang abang..

Selamat malam sayangku.. Selamat malam cinta hatiku.. Selamat malam suamiku..

Assalammualaikum..

Love and Hugs,
Honeya

No comments:

Post a Comment