"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Wednesday, March 14, 2012

Alhamdulillah

Hari ini, satu hari aku meeting dengan team production untuk filem "Kisah Paling Gengster" . Memang penat sebab aku hanya tidur 3 jam sahaja semalam. Aku tak boleh tidur sebab memikir macam masalah dan dugaan yang melanda. Aku juga tak boleh tidur kerana aku rindukan suamiku.

Hari ini, suami ku message aku. Dia minta maaf sebab tak dapat message aku dah 4 hari , sama seperti ku. Air mata ku turun tanpa tahu erti henti. Kenapa? Sebab aku rindu sangat dia.. Alhamdulillah.. Dia terlalu busy dan banyak benda nak kena fikir. Dia juga meminta maaf atas segala kesilapannya. Takper. Semua orang buat salah kan.. Harap-Harap abang takkan mengulanginya semula.

Aku memang insan yang lemah walaupun luaran nampak kental. Aku cuma manusia biasa yang tidak mampu membuang semua kenangan buruk yang lampau yang kian hari menghantui aku. Aku kadang jadi takut. Tapi aku tak henti-henti istighfar supaya Allah menenangkan hatiku. Ya Allah, aku tahu Kau menduga aku kerana Kau tahu aku boleh menghadapinya. Tetapi Ya Allah, aku tak tahan rasa sakitnya setiap kali ianya berlaku.

Abang, saya harap abang akan berubah. Mungkin Allah belum beri lagi anak pada kita sebab hendak abang berubah dan juga saya. Mungkin kalau ianya berterusan dan kita ada anak, akan menyiksakan anak kita.

Abang, saya juga harap abang lebih berterus terang menceritakan kisah lampau abang pada saya supaya saya lebih memahami abang, supaya saya boleh sama-sama membantu abang untuk membuang kisah lampau abang. Kalau abang tak beritahu dan ianya berterusan, kisah lampau saya akan terus menghantui saya.

Abang, saya sayang abang. Saya takut kehilangan suami yang saya cintai. Suami yang saya kahwini kerana Allah S.W.T. Suami yang ingin saya jadikan pembimbing saya dan anak kita satu hari nanti. InsyaAllah.

Abang perlu lah menjadi contoh yang terbaik untuk saya dan anak kita nanti. Kerana abang lah ketua agama dalam keluarga kita yang kecil ini. Begitu juga saya , perlu menjadi contoh yang terbaik untuk anak kita nanti.

Rindunya abang, tapi abang jauh. Kasihnya pada abang, tapi tak tercapai tangan ini untuk memelukmu. Cintanya saya pada abang, tapi tak terucap dimulut hanya linangan air mata tanda kesyukuranku pada Allah , kerana memberikan abang kepada saya untuk menjadi suami saya yang pertama dan terakhir.

Ya Allah, dengan namaMu Ya Allah, Aku berlindung denganMu, Aku mengharapkan keberkatan dalam hubungan ku dan suamiku. Ya Allah, lindungi lah suamiku dari segala kemungkaran dan segala keburukan kerana aku amat menyintainya.

"Mampukah ku lupa bila bayangmu masih dimataku..
Senyuman manismu membuatku rindu walaupun kau jauh dimata...
Kau simpan rahsia, namun terserlah jua...
Perlukah air mata membasahi bumi ini...
Dari hati yang terluka..
Sedangkan janji bukan suatu yang pasti, menjamin hubungan akan berkekalan...
Ohhh langit kau lihat lah dia..
kau sentuh lah dia..
Ku Rindu Padanya..."

ALHAMDULILLAH..

Love, Hugs and Kisses,
Honeya

Dugaan

Dalam hidup ini, takde dugaan memang tak sah. Macam-macam dugaan yang aku hadapi sekarang. Tapi as usual, aku fikir yang positif. Mungkin Allah dah rancang yang lebih baik untuk aku untuk masa akan datang. Amin

Susah juga ya kerja jauh dari suami. Demi mencari rezeki, terpaksa aku meninggalkan suami ku jauh di johor dan balik ke shah alam. lama pulak tu, 2 bulan. Owh ya, aku akan shooting filem "Kisah Paling Gengster" hujung march ni. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Eppy Raja Lawak, Wawa Zainal, Fyza Ismail (MIG), Shajiry, Zul Handy Black, Mikail Andre, Wan Nafisu, Khatijah Tan dan ramai lagi. Aku berharap-harap shooting nanti akan berjalan lancar. Amin. Aku sebagai Line Producer untuk filem ini, harap semuanya akan go smoothly.

Bila berjauhan dengan suami ku, aku tiap2 hari rasa rindu sangat dengan suamiku yang hanya dapat kutemui 2 kali sebulan sahaja sebab dia hanya available pada hujung minggu sabtu minggu pertama dan sabtu minggu ketiga. Ye lah, tiap-tiap hari tidur, ada orang teman. Sekarang kena tidur seorang. Sedih tapi terpaksa akur. Dugaan...

I love my husband so much even we did fight sometimes. Biasa lah asam garam rumah tangga. Hari ni dah genap 4 hari dia tak message aku. Mungkin dia busy and overtime kerja. balik penat mungkin dia tertido. Takper lah, aku cuba memahami. Aku cuba make myself busy everyday even aku rindu bangat sama dia. Dia lah kawan rapatku, dia lah pendengar setia ku, dia lah penasihatku, dia lah pembimbingku, dia juga lah segala-galanya bagiku. Aku sayang sangat dengan dia.

Abang, semoga abang sihat di sana. Semoga Allah melindungi abang dari segala kejahatan ataupun bencana. Semoga Allah melindungi hubungan kita. Tiap-tiap hari saya solat, mesti doakan untuk abang.. Saya sayang abang..

Selamat malam sayangku.. Selamat malam cinta hatiku.. Selamat malam suamiku..

Assalammualaikum..

Love and Hugs,
Honeya