"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Wednesday, October 17, 2012

ALPHA LIPID SLIM DIET 2 - INTRODUCTION

Apa khabar semua, How are u today? Okay, asek citer pasal feeling dan cinta ni, apa kata kita ubah tajuk.
Hari ni nak cerita tentang ALPHA LIPID SLIM DIET 2, produk dari NEW IMAGE INTERNATIONAL. Product ini dah almost 2 months saya guna dan amalkan dan ianya sangat lah produktif dan berkesan. Mula-Mula memang macam tak percaya. Tapi bila tengok 10 kg turun, MasyaAllah..!! Terkezuttt i taww...!

ALPHA LIPID SLIM DIET 2 (ALSD2) adalah product dari New Zealand dan dijamin berkualiti dan tiada side effect. Mari kongsi pengalaman saya dengan Alpha Lipid Slim Diet 2 ini :


Product ini dapat membantu anda untuk menurunkan berat anda dalam masa yang singkat. Saya sendiri masih mengamalkannya untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan. Saya sudah mencuba pelbagai produk dan cara, sampai ke slimming centre yang SANGAT MAHAL, okey..! Bayaran Slimming centre yang harganya beribu-ribu. Mana lah Mampu. Saya juga ada cuba product yang murah sedikit, tapi berjaya menurunkan berat saya, tapi saya mengalami nerves problem(masalah saraf) disebabkan pengambilan ubat tersebut. Doktor sarankan saya untuk berhenti, kalau tidak boleh menyebabkan maut.

Hari Demi Hari berlalu... Saya semakin runsing berat mula meningkat semula. Lutut
sakit sgt sampai nak bangun pun susah. Kawan-Kawan mengusik saya, "dah ngandung 5 bulan ke?". Sedih bila terdengar, walaupun saya mmg mahukan anak, tapi ia agak mengusik hati ni sbb Saya blum mengandung. Saya sering murung dan sedih.

Sehingga saya terbaca tentang Slim Diet 2 di wall kawan saya. Saya agak ragu-ragu, lagi-lagi bila lihat harganya mahal. Tapi saya ingin mencuba juga, lalu ,membelinya. Mula-Mula saya mmg tidak ikut peraturan yang diberi. dan pelik kenapa beratku maintain saja. Lalu diberi buku panduan dan nasihat oleh kawan2ku yang sekarang menjadi upline ku. Aku patuh pada peraturannya. Yelah.. Mana ada orang mau kurus, tapi tak jaga makan atau tak bergerak/exercise.. Nonsense kan? So saya jaga makan, ambil ALSD2 ikut peraturan dan exercise 10 to 20 minutes a day (kadang2 jogging dlm rumah aje), then setiap 4 hari baru timbang. MASYAALLAHHH.. SUBHANALLAH..! Terkezut bila lihat berat makin turun, lutut pun sudah kurang sakit, solat pun senang. Rasa macam nak joget.. (nasib baik belum ada joget OPPA GANGNAM STYLE MASA TU.. hahaha.._Syukur diketemukan pada produk ini.

Bila sudah nmpak hasilnya, saya jadi seronok dan excited nak berkongsi kejayaan saya dengan semua orang dan mula menjadi agent NEW IMAGE INTERNATIONAL dan alhamdulillah, bukan sahaja dpt membantu masalah kegemukan orang lain, tapi juga dapat extra pendapatan dari penjualan produk ini. InsyaAllah saya akan teruskan perjuangan ini. Ini adalah originally kisah saya.
Thank you Elliza Razak II dan Raja NorSufadzidah dan juga suami Abe Ronizal, yang banyak memberi sokongan.
Jadi, jom buat duit sambil kuruskan badan. Penurunan berat 2 hingga 7 kg seminggu. Paling sikit, 2 kg dalam masa seminggu.Tiada yang mustahil lagi dalam dunia ini kan?? =)

Hubungi saya di talian : 017-3868717 ( Honeya) untuk Pakej Promosi...!

Note: ini kisah sebenar saya. please jgn copy ya. Pengalaman itu tidak boleh dijual beli.
Saya dan Suami sebelum penurunan berat
Saya dan Suami selepas penurunan berat @ legoland Malaysia




Saya selepas penurunan 10 kg


Apa itu Alpha Lipid Slim Diet 2 dan Cara Pengambilannya

Wednesday, September 5, 2012

Dugaan

Bismillahirrahamnirrahim...

Semua terkejut saya tiba-tiba  memakai hijab. Ya, memang dapat petunjuk dari Allah S.W.T. Semalaman aku menangis.. Nanti saya ceritakan tentang bisikan2 itu. Saya pun buat langkah pertama, menukarkan gambar profile saya dengan gambar baru dengan gambar berhijab. Ramai yang menyokong dan memberi2 kata sokongan dan kata - kata indah, Ada juga yang semacam menakut2kan saya dan 'push' saya untuk jadi sempurna. Suruh saya buang semua gambar yang tidak bertudung, buat itu.. buat ini... Kenapa perlu push macam tu. Sabar... Satu persatu. Tak mungkin saya boleh jadi sempurna dalam sekelip mata. Saya perlukan sokongan kamu.. kamu.. dan kamu semua. Bukan perkataan yang menghiris hati saya. Sedih sangat-sangat.

Kenapa perlu buat begitu. tau tak, kalau kamu menghiriskan hati orang, kamu perlu minta maaf pada orang tersebut sebelum terkubur badan di bawah tanah 7 kaki dalamnya. Ada yang delete saya sebabkan saya menegur yang saya terasa dengan kata-katanya. Bertahun kot kawan, begitu sahaja kamu buang saya? Tak faham saya.. Jika kamu, kamu dan kamu baca ini, saya ada hak untuk berkata, kerana ni ini diri saya. Saya hargai teguran kamu, tapi bila ramai sgt push-push untuk jadi sempurna, saya jadi rimas...

Dugaan lagi, pergi interview keja di MAC, then dia boleh tanya "boleh tak kalau buka tudung" atau kadang-kadang2 tak pakai tudung. Jawapannya memang lah TIDAK..! Banyak kali tanya pula. Hati macam dah tawar. Dalam hati berkata, "jika ni bukan rezeki kerana ku tidak mahu buka tudung, aku redha  dan kerana aku ingin rezeki yang diredhai Allah S.W.T" . Mungkin ada rezeki untukku yang lebih besar untukku...

Macam-Macam dugaan

Semoga Dugaan semua ini akan memberikan ku kegembiraan yang teramat sempena penghijrahan ini.. Amin

Kepada semua yang terasa denganku, Maafkan sempena hari raya ini.. Mari lah kita bersalam-salaman.. =)

Love,
Honeya 

Wednesday, March 14, 2012

Alhamdulillah

Hari ini, satu hari aku meeting dengan team production untuk filem "Kisah Paling Gengster" . Memang penat sebab aku hanya tidur 3 jam sahaja semalam. Aku tak boleh tidur sebab memikir macam masalah dan dugaan yang melanda. Aku juga tak boleh tidur kerana aku rindukan suamiku.

Hari ini, suami ku message aku. Dia minta maaf sebab tak dapat message aku dah 4 hari , sama seperti ku. Air mata ku turun tanpa tahu erti henti. Kenapa? Sebab aku rindu sangat dia.. Alhamdulillah.. Dia terlalu busy dan banyak benda nak kena fikir. Dia juga meminta maaf atas segala kesilapannya. Takper. Semua orang buat salah kan.. Harap-Harap abang takkan mengulanginya semula.

Aku memang insan yang lemah walaupun luaran nampak kental. Aku cuma manusia biasa yang tidak mampu membuang semua kenangan buruk yang lampau yang kian hari menghantui aku. Aku kadang jadi takut. Tapi aku tak henti-henti istighfar supaya Allah menenangkan hatiku. Ya Allah, aku tahu Kau menduga aku kerana Kau tahu aku boleh menghadapinya. Tetapi Ya Allah, aku tak tahan rasa sakitnya setiap kali ianya berlaku.

Abang, saya harap abang akan berubah. Mungkin Allah belum beri lagi anak pada kita sebab hendak abang berubah dan juga saya. Mungkin kalau ianya berterusan dan kita ada anak, akan menyiksakan anak kita.

Abang, saya juga harap abang lebih berterus terang menceritakan kisah lampau abang pada saya supaya saya lebih memahami abang, supaya saya boleh sama-sama membantu abang untuk membuang kisah lampau abang. Kalau abang tak beritahu dan ianya berterusan, kisah lampau saya akan terus menghantui saya.

Abang, saya sayang abang. Saya takut kehilangan suami yang saya cintai. Suami yang saya kahwini kerana Allah S.W.T. Suami yang ingin saya jadikan pembimbing saya dan anak kita satu hari nanti. InsyaAllah.

Abang perlu lah menjadi contoh yang terbaik untuk saya dan anak kita nanti. Kerana abang lah ketua agama dalam keluarga kita yang kecil ini. Begitu juga saya , perlu menjadi contoh yang terbaik untuk anak kita nanti.

Rindunya abang, tapi abang jauh. Kasihnya pada abang, tapi tak tercapai tangan ini untuk memelukmu. Cintanya saya pada abang, tapi tak terucap dimulut hanya linangan air mata tanda kesyukuranku pada Allah , kerana memberikan abang kepada saya untuk menjadi suami saya yang pertama dan terakhir.

Ya Allah, dengan namaMu Ya Allah, Aku berlindung denganMu, Aku mengharapkan keberkatan dalam hubungan ku dan suamiku. Ya Allah, lindungi lah suamiku dari segala kemungkaran dan segala keburukan kerana aku amat menyintainya.

"Mampukah ku lupa bila bayangmu masih dimataku..
Senyuman manismu membuatku rindu walaupun kau jauh dimata...
Kau simpan rahsia, namun terserlah jua...
Perlukah air mata membasahi bumi ini...
Dari hati yang terluka..
Sedangkan janji bukan suatu yang pasti, menjamin hubungan akan berkekalan...
Ohhh langit kau lihat lah dia..
kau sentuh lah dia..
Ku Rindu Padanya..."

ALHAMDULILLAH..

Love, Hugs and Kisses,
Honeya

Dugaan

Dalam hidup ini, takde dugaan memang tak sah. Macam-macam dugaan yang aku hadapi sekarang. Tapi as usual, aku fikir yang positif. Mungkin Allah dah rancang yang lebih baik untuk aku untuk masa akan datang. Amin

Susah juga ya kerja jauh dari suami. Demi mencari rezeki, terpaksa aku meninggalkan suami ku jauh di johor dan balik ke shah alam. lama pulak tu, 2 bulan. Owh ya, aku akan shooting filem "Kisah Paling Gengster" hujung march ni. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Eppy Raja Lawak, Wawa Zainal, Fyza Ismail (MIG), Shajiry, Zul Handy Black, Mikail Andre, Wan Nafisu, Khatijah Tan dan ramai lagi. Aku berharap-harap shooting nanti akan berjalan lancar. Amin. Aku sebagai Line Producer untuk filem ini, harap semuanya akan go smoothly.

Bila berjauhan dengan suami ku, aku tiap2 hari rasa rindu sangat dengan suamiku yang hanya dapat kutemui 2 kali sebulan sahaja sebab dia hanya available pada hujung minggu sabtu minggu pertama dan sabtu minggu ketiga. Ye lah, tiap-tiap hari tidur, ada orang teman. Sekarang kena tidur seorang. Sedih tapi terpaksa akur. Dugaan...

I love my husband so much even we did fight sometimes. Biasa lah asam garam rumah tangga. Hari ni dah genap 4 hari dia tak message aku. Mungkin dia busy and overtime kerja. balik penat mungkin dia tertido. Takper lah, aku cuba memahami. Aku cuba make myself busy everyday even aku rindu bangat sama dia. Dia lah kawan rapatku, dia lah pendengar setia ku, dia lah penasihatku, dia lah pembimbingku, dia juga lah segala-galanya bagiku. Aku sayang sangat dengan dia.

Abang, semoga abang sihat di sana. Semoga Allah melindungi abang dari segala kejahatan ataupun bencana. Semoga Allah melindungi hubungan kita. Tiap-tiap hari saya solat, mesti doakan untuk abang.. Saya sayang abang..

Selamat malam sayangku.. Selamat malam cinta hatiku.. Selamat malam suamiku..

Assalammualaikum..

Love and Hugs,
Honeya