"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Wednesday, December 22, 2010

Maruah

Hari ni berlaku sesuatu yang tidak aku ingini. Seorang hamba Allah yang dengan lancang nya menghina aku dan memperlekehkan maruahku hanya kerana harta dan pencapaiannya yang tak seberapa. Hanya kerana aku tidak mampu, aku terpaksa menagih simpati, terpaksa makan budi orang. Kalau tak kerana 2 bulan payment ku ditipu orang dan tidak dibayar, tidak lah ku jadi peminta sedekah. Akhirnya, senang2 orang itu memperlekehkan maruahku. Hanya kerana harta dan pencapaian. Yang sedihnya, ahli keluarga sendiri pulak tu. Aku tak kacau hidup kau. Kenapa mesti kau kacau hidup aku. Tak guna berubah pakai tudung kalau mulut tak tutup dan tak jaga.

Orang bijak berbicara tanpa mengetahui perkara sebenar, hanya kerana kesilapan kita yang lampau. Tapi jangan perlekehkan maruah orang lain.

Kalau buat sesuatu yang tak ikhlas, jangan buat. Jangan purak2 concern, duk korek rahsia, pastu hantam org sesuka hati. Apa yang aku went through ada ko amek kesah?Apa masalah yang aku sedang tanggung ada ko tahu? Harap sgt ko alami apa yang aku alami selama ini dan skrg, supaya ko lebih berakal sket. Masa tu aku akan cuma tersenyum

Aku sekali lagi terpaksa lukakan hati orang yang ku sayang. Maafkan saya, sayang. Saya terpaksa batalkan majlis kita. Saya akan usahakan atas titik peluh sendiri dan kita akan jalankan majlis itu juga. Saya lemah sangat. Saya gembira bila dapat job baru, tapi bila terjadi sebegini, saya jadi lumpuh..

Ya Allah, bantulah aku.. berikan ku kekuatan..
Amin

Love,
Honeya

2 comments:

  1. kamu wanita hebat. dan saya yakin kamu mampu melawan dunia sekalipon.

    ReplyDelete
  2. Dalam dunia ni terlalu ramai yang Hipokrit, semuanya nak melepaskan tekak sendiri...
    eemmm sabar tu..separuh dari iman...

    ReplyDelete