"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Thursday, August 12, 2010

CHENTA

Di suatu hening pagi, kelihatan seorang perempuan yang ringkas pakaiannya serta berkaca mata "old-school" berdiri di tepi sawah padi sambil menghirup udara segar di pagi hari.

"Oiii... buat ape pagi-pagi buta dah terpacak kat sini.."


Kedengaran satu suara menegurnya dari belakang. Dia menoleh lalu tersenyum.


"Awak pula buat apa disini ? "

" Eh,urm.... saya.. erm... hehe.. saya kebetulan nak ke kedai, jadi lalu di sini"


Jasmine senyum kerana dia tahu bahawa mana ada kedai buka pukul 7 pagi. Paling awal pun 8 pagi.


"Baiklah, kirim salam kat Pak Kassim ya. Beritahu dia, bagus lah dah mula buka kedai awal-awal sebegini.."


Udin tersipu-sipu malu dengan teguran Jasmine itu. Sebenarnya Udin rindu ingin melihat wajah Jasmine.


"Memang lah Pak Kassim dah buka awal sekarang, kalau tak percaya mari naik basikal saya ni, saya bawa ke sana"


Jasmine tergelak. Ada saja helah Udin ni untuk keluar dengan dia.


"Takperlah awak saja pergi tengokkan untuk saya ya.."


Air muka Udin kelihatan kecewa dan cuba meminta simpati pada Jasmine. Namun Jasmine hanya tersenyum dan menggeleng kepala.


"Baiklah lah awak. Jangan Menyesal...hahaha.."


Jasmine hanya senyum melihat Udin berlalu pergi. Dia memandang semula ke arah sawah padi yang kelihatan semakin masak padi nya.

"Ya Allah, aku bersyukur keatas nikmat dan rahmat yang Kau berikan padaku. Terima Kasih Ya Allah"

Jasmine rasa bersyukur yang amat kerana masih dapat berdiri di muka bumi ini untuk melihat betapa cantiknya kejadian dan kekuasaan Allah S.W.T. Tiba-tiba Jasmine tersedar sesuatu.

"Alamak.. Ummi pasti cari aku. Sudah lah aku tak beritahu dia yang aku ke sini.. Baik aku pulang segera. Ummi.. I'm Coming Home.! "

Jasmine pulang dengan hati yang gembira. Teringat pula dengan helah si Udin. Makin Jasmine rasa ingin tergelak mengenangkan dia. Jasmine berkata dalam hati,
" Comel juga Udin kalau malu... he..he.."


....to be continued.....

Written With Love,
Honeya

4 comments:

  1. Salam Honey. Good Intro. Tapi cuba cari starter atau cliffhanger yang buat pembaca nak ikut atau terikat. Maybe Udin samapi di kedai dan memberi reaksi pelik.Or maybe Jasmine toleh ke arah Udin, tetapi Udin sebernarnya tiada disitu. Just her imagine masa lalu. Banyak lagi cari. Goodluck

    ReplyDelete
  2. Anon: Salam. Kalau saya buat mcm tu di tengah2 cerita nanti, boleh? kerana saya mahu hightlightkan jasmine dahulu. biar orang tidak focus pada udin dahulu. kemudian bila di tengah2 cerita nanti saya akan masukkan macam yang awak suggest

    ReplyDelete
  3. Nais honey. Looking forward to read more. :)

    ReplyDelete
  4. Cahaya : thx..=) have to stop writing for the next chapter due to not in a good condition currently.. well, just keep on following my blog.I might be posted for the next chapter soon...weee.......

    Cheers.!

    ReplyDelete