Sudah lama tidak menjenguk blog ku ini. Blog ini juga lah rakanku yang setia menerima semua keluhanku, kegembiranku dan kesedihanku tanpa berkata apa-apa.
Dulu aku ada pernah mengambil biodex untuk merancang kehamilan. Harga sekali beli memang mahal rm300++ sebulan. Aku consume selama 2 bulan . Tapi tak displin kadang-kadang. masih ada berbaki bekalan biodex untuk setengah bulan lagi. So, today i wanted to finish up my biodex product. Dah 1 tahun dan 8 bulan aku berkahwin tapi masih belum ada anak. Sedih memang sedih. Lagi-Lagi bila adik aku dan kakakku baru hamil anak kedua. Itu yang aku mahu habiskan produk biodex ku. Owh tidak lupa Folic Acid. Dah 4 bulan aku consume Folic Acid untuk kesuburan. Sekarang dah 2 bulan period aku normal (28 cylce days) . Alhamdulillah.
Harap-harap Allah permudahkan aku untuk mendapat zuriat. Amin..
ok lah aku terpaksa berhenti disini. Mahu kejut suamiku untuk bangun solat subuh dan bersiap ke kerja.
Love,
Honeya