"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.."

akulah para pencari-Mu, akulah yang merindukan-Mu ya rabbi,hanya di jalan-Mu ya Allah,tempatku pasrahkan hidupku..

*PLEASE DO MIND YR WORDS if u wanna write a comment. BERSIHKAN HATI & MINDA dahulu sblum komen. Think +ve. TQ.*


Saturday, July 9, 2011

Syukur Alhamdulillah


Tahun ni banyak turun dan naik dalam kehidupan aku hari-hari. Menangis, menjerit, ketawa, sedih, senyuman, macam dah menjadi makanan bagiku. Walau pahit, Walau manis, walau kelat, terpaksa juga aku hadapi dan telan. Aku tetap gagahkan kaki untuk melangkah dan meneruskan hidup dan impianku.

Tahun ini juga merupakan tahun bersejarah bagiku. Aku telah selamat diijabkabulkan dengan suamiku pada 8th May 2011 di masjid besar shah Alam. Ya Allah, terima kasih kerana memberi petunjuk kepadaku. setelah pelbagai dugaan yang aku dan dia tempuhi, namun kami tetap bersama..Dia lah penawarku dan juga racun ku dan juga segala-galanya bagiku.. cerita cinta tentang kami? hehe... panjang cerita nya. Namun cukup lah sekadar ku memberitahu bahawa kami ini betul-betul bercinta selepas berkahwin.


Cinta selepas kahwin, pada mulanya memang pahit. Yelah, masa ni lah baru nak betul-betul mengenali suamiku. Memang ada yang terlalu pahit, tapi ada hikmah disebaliknya yang bertukar jadi manis nya. Aku juga kadang2 terpaksa turun ke kuala lumpur demi mencari sesuap nasi. meninggalkan suami tercinta demi mengurangkan bebanan yang ditanggung dibahunya. Ya Allah, berkatilah apa yang ku lakukan.. Terima kasih sayang kerana membenarkan aku untuk terus berjuang demi minat ku yang mendalam dalam industri filem ini. Ya Allah, lindungi lah dia dan aku. Jaga lah suami ku semasa ku tiada disampingnya. Ya Allah, betapa sayangnya aku padanya. Kalau lah dia tahu aku terlalu sayang padanya... Ya lah, kami mana sempat betul-betul bercinta seblum berkahwin. kiranya ini macam bercinta lepas kahwin. Indah dan ada peritnya. Tapi alhamdulillah kami berjaya tempuhinya..

Hari ni aku dapat offer untuk sertai team production untuk Filem Merong 2: vikingdom oleh KRU productions, arahan yusri KRU. 4 bulan tu.. lama..... entah lah sama ada aku nak terima atau tidak.aku jadi serba salah. antara suami aku dan minat aku. Suami aku tak melarang, tapi dia macam berat hati nak biarkan aku pergi. Kalau ikutkan hati, memang nak tolak peluang itu. tapi sayang rasanya...

Ya ALLAH, berikan ku petunjuk mana yang terbaik untukku.. ABANG, rasa rugi pula nak buang masa dengan kerja dari spend time with my husband..
Saya SAYANG ABANG sangat-sangat.. sayang abang ketat-ketat... Abang sayang saya tak....

Wahai diariku, boleh bantu aku?

Love,
Honeya

4.37am di bilik tidur

Cinta itu Rindu..?

Cinta itu bila rindu..?
Cintakah bila rindu..?
Cinta itu datang bila ada rindu...?
Cinta kah dia kerna merindu..?
Cinta dulu ke atau rindu dulu
Cinta kata kena rindu
Cinta kalau wujud dlm hati, pasti kita rindu...

Ya.. Cinta itu memang rindu... Aku cinta padamu.. Aku rindu padamu sayang...
Love my hubby so much...

Hasil Nurkilan isterimu,
Honeya

Friday, July 1, 2011

Rindu

Oh langit, kau lihat lah dia.
Kau sentuh lah dia....
Ku rindu padanya...

Abang, maafkan saya.
Maaf atas segala kekurangan saya,
Tidak terniat dihati untuk lukakan abang..
Saya cuma terlalu sayangkan abang
Cinta ini hanya untuk mu sayang
Rindu pada abang..
Love you sayang...
The only one dat i love, my husband, and it's you....
Aku tak mudah untuk jatuh cinta...
Aku tak mudah mengungkapkan kata cinta..
Namun...
Akan ku menyintaimu sampai ku menutup mata............

"Kadang-Kadang kita perlu letakkan ego kita ketepi supaya orang yang kita sayang tahu yang kita sayangkan dia........."

FULL of LOVE,
Your Wife,
Honeya

Wednesday, February 16, 2011

Bila Mahu


Bila Mahu
Semua nya perlu,
Katanya "rindu kamu"..
Katanya "perlu kamu"
Bila sms tidak dibalas, setia menunggu,
Bila tak dilayan, di telefon bertalu-talu,
Message dihantar selalu,
Semuanya dah tak boleh sabar aja kamu,
Selalu Katanya, rindu untuk bertemu

Bila Sudah Tak Mahu
Semua katanya tak perlu
Katanya "tkper takde kamu"
Katanya " boleh hidup tnpa kamu"
Bila sms dihantar, jenuh kita menunggu
Bila cuba melayan, call pun tidak angkat mcm dulu,
Message dihantar pun sekali seminggu
Semuanya dikatanya sabar dahulu
Katanya , ""Kalau rindu pun, takkan nak kena juga bertemu"
Aik..?

Written by
Honeya

Saturday, January 29, 2011

Biar lah pengorbananku tiada siapa sedar dan tahu. Biar lah tiada penghargaan. Biar lah tiada balasan. Namun Allah tahu, I'll put full of love in anything that i do or done...I will.. till the end of my breath..
by Honeya Diaz

Love,
Honeya

Wednesday, January 12, 2011

12th January 2011



Lama aku tak menjenguk blog ku.. Lama tidak menulis dalam blog ku ini... There's a lot of thing happened lately. Good and Bad things happened. Perbagai rintangan dan dugaan masa bertunang ini. Hurm.. Aku hampir mengalah. Terima Kasih pada family ku especially to my dad, my mom and my elder sis, Nina yang banyak membantu ku. Terima Kasih juga pada tunangku yang banyak bersabar dan mendorongku dan juga kawan-kawanku yang banyak membantuku semasa ku susah. And to someone as well, thanks for all your advice. I do appreciated it a lot...

Mengalah.. Aku banyak hampir kalah dalam perjuangan ku dalam ku meneruskan hidup ini. Sedangkan ku bukan jenis senang mengalah sebelum berjuang habis-habisan. Tapi ntah lah, lately banyak perkara yang aku pertimbangan kan dan fikir kan sehingga aku hampir layu dan tersungkur.

Aku letih dengan semua ini. Aku nak tenang saja. Aku nak rehat dari 'bertempur'. Tapi apa kan daya, aku perlu berjuang lagi untuk masa depan ku.

Hari ini aku ada buat kesilapan pada seseorang. Dan aku mahu meminta maaf padanya. Harap dia memaafkan aku..Maafkan saya ya.

Mission aku pada hari ini, Aku akan cuba bangun semula dan berjuang untuk diri ku dahulu, baru untuk orang lain. InsyaAllah, hanya dengan IzinNya. Aku memohon padaMu ya Allah.. Hanya padaMu.. Amin...

Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini.. Amin..

to my fiance, I love you so much.. Thanks for giving me hope and trust on you.. Thank God I Found you..

Wassalam...

Love,
Honeya

Monday, January 10, 2011

Love

When you don't have love in your heart,your life is totally incomplete,no matter how much achievement that you have achieved
by Honeya Diaz

Wednesday, December 22, 2010

Maruah

Hari ni berlaku sesuatu yang tidak aku ingini. Seorang hamba Allah yang dengan lancang nya menghina aku dan memperlekehkan maruahku hanya kerana harta dan pencapaiannya yang tak seberapa. Hanya kerana aku tidak mampu, aku terpaksa menagih simpati, terpaksa makan budi orang. Kalau tak kerana 2 bulan payment ku ditipu orang dan tidak dibayar, tidak lah ku jadi peminta sedekah. Akhirnya, senang2 orang itu memperlekehkan maruahku. Hanya kerana harta dan pencapaian. Yang sedihnya, ahli keluarga sendiri pulak tu. Aku tak kacau hidup kau. Kenapa mesti kau kacau hidup aku. Tak guna berubah pakai tudung kalau mulut tak tutup dan tak jaga.

Orang bijak berbicara tanpa mengetahui perkara sebenar, hanya kerana kesilapan kita yang lampau. Tapi jangan perlekehkan maruah orang lain.

Kalau buat sesuatu yang tak ikhlas, jangan buat. Jangan purak2 concern, duk korek rahsia, pastu hantam org sesuka hati. Apa yang aku went through ada ko amek kesah?Apa masalah yang aku sedang tanggung ada ko tahu? Harap sgt ko alami apa yang aku alami selama ini dan skrg, supaya ko lebih berakal sket. Masa tu aku akan cuma tersenyum

Aku sekali lagi terpaksa lukakan hati orang yang ku sayang. Maafkan saya, sayang. Saya terpaksa batalkan majlis kita. Saya akan usahakan atas titik peluh sendiri dan kita akan jalankan majlis itu juga. Saya lemah sangat. Saya gembira bila dapat job baru, tapi bila terjadi sebegini, saya jadi lumpuh..

Ya Allah, bantulah aku.. berikan ku kekuatan..
Amin

Love,
Honeya

Friday, December 17, 2010

Minat, Rindu, Sayang, Cinta

Bulan rindu kan pungguk?
Pungguk rindu kan bulan?
Boleh kah bulan dan matahari bersama
Boleh kah Bumi dan langit itu bercantum
Beza kah enggang dan pipit
Rindu dan Sayang mesti kah disatukan
Bersatu kah Rindu dan Sayang
Sama kah Minat dan Cinta
Mungkinkah Minat, Cinta, Rindu dan Sayang bersatu?
Ya... Aku Minat kamu, Aku Rindu kamu, Aku Sayang kamu dan Aku Cinta kamu..
Hanya kamu seorang.....

Love,
Sayang baby

Wednesday, December 8, 2010

Thinking Of You

A day may start or end without a message from me, but believe me it won't start or end without me thinking of you..See! I just did.
Love You So Much Sayang...
Love,
Sayang Baby...

Friday, December 3, 2010

Important

When you're important to another person, that person will always find a way to make time for u. No excuses, no lies, no broken promises!

Owh..makin dekat tarikh, makin takut aku... =(
Sayang awak ketat2... awak, saya tatot...

Love,
Honeya

Thursday, December 2, 2010

Lemah TanpaMu

Ya Allah, bantu lah aku...hambaMu yang lemah lagi hina ini. aku lemah tanpaMu Ya Allah.. Aku tawakal atas segalanya. Aku dah usaha dan berdoa, selebihnya ku tawakal dan berserah padaMu Ya Allah...

Love,
Honeya

Sunday, November 28, 2010

My break Fasting Menu

My break Fasting Menu for today is McD..!!! Yummy.... BiG and Tasty Burger Large Set..


Tomorrow i'll be going to IB for Natrah theater show.. weeeeeeee........... I'll update on it tomorrow..
Words of Love : Pssstt....My love, thanks for everything..This picture is for you. Love you so much.. My teletubbish... psstt.. ngeeeeeeeeee... XOXO

Love,
Honeya

Saturday, November 27, 2010

Harry Porter and The Deadly Hallows

While waiting for the Mcd Delivery to be arrived, i wanna update about a new movie showing now at cinema... So Excited...=)
Release Date: 17 November 2010
Language: English
Genre: Adventure, Fantasy
Running Time: 2 hours 27 minutes
Director: David Yates
Cast: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Bill Nighy, John Hurt, Rhys Ifans, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Imelda Staunton, Jason Isaacs, Miranda Richardson, Warwick Davis, Alan Rickman, Maggie Smith, Brendan Gleeson, Ciaran Hinds, Timothy Spall, David Thewlis, Julie Walters, Tom Felton, Bonnie Wright, Jamie Campbell Bower, Richard Griffiths, Matthew Lewis, Evanna Lynch, Fiona Shaw, Helen McCrory, David O'Hara, Natalia Tena.

Synopsis: The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality.

Mr.Ronnie, can you please bring me to watch this movie... pleasee.... ppstt... ngeeeeeeeee..

Love,
Honeya